Tuesday, October 5, 2010

BENGKEL PIDATO


Tarikh            :  14 Ogos 2010

Tujuan           :  Matlamat Bengkel Pidato adalah untuk memberi pendedahan kepada murid- 
                           murid tentang cara-cara berpidato dengan betul. Ia juga dapat mengilap potensi
                           murid dan meningkatkan keyakinan diri kepada murid. Disamping dapat
                           memilih murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah. Ia juga merupakan
                           usaha bagi mewujudkan hubungan jalinan di antara sekolah dan IPT.

Kumpulan 
Sasaran          :  Murid-murid Tahun 5, 4 dan 3.

Penceramah daripada UPM

Sebahagian peserta yang menyertai bengkel

Penceramah memberikan taklimat kepada peserta.

Sesi soal jawab diantara peserta dan penceramah.

 Bengkel secara berkumpulan dengan bimbingan fasilitator.

Hasil perbengkelan murid perpeluang berpidato.

Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar.

Penceramah dan fasilitator bengkel pidato bersama guru-guru SK. Convent

Penceramah dan fasilitator bengkel pidato bersama para peserta.

DALAMAN PSS




LUARAN PSS




Monday, October 4, 2010

VISI, MISI, OBJEKTIF DAN MOTO PSS

VISI
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara menjelang 2015


MISI
Menjadikan Pusat Sumber pusat penyebaran ilmu dan maklumat


OBJEKTIF
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.
3. Meningkatkan profesionalisme guru.
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
6. Menyediakan perisisn pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.


MOTO
Pusat Sumber kearah kecemerlangan budaya ilmu





SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SK CONVENT SITIAWAN


Sekolah Kebangsaan Convent terletak di daerah Manjung. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1954. Asalnya dikenali dengan nama SRK Our Lady’s Convent,Sitiawan. Pada Mac 1982, Pn. Mah Ai Hua ,Guru Besar ketika itu berusaha membina sebuah blok bangunan 2 tingkat. Bangunan siap pada Ogos 1982. Tingkat bawah dijadikan bilik guru dan bilik muzik.(sekarang bilik muzik telah dijadikan bilik sains.Tingkat atas dijadikan Pusat Sumber , Bilik Gerakan, Bilik Pemulihan dan Bilik Bimbingan. Pada tahun 2008, bilik Pusat Sumber telah dipindahkan ke bilik Gerakan. Ia juga telah dinaik taraf dan dipasang jubin pada tahun 2009.